Tuesday 4 October 2011

Panduan Membina Ayat

  1.0  Pengenalan
  Hanya satu soalan bergambar / ilustrasi dikemukakan. Bagi menjawab soalan
  ini, dicadangkan langkah-langkah berikut:

    1.1  Baca dan fahami kehendak atau arahan soalan
           - Baca soalan dan fahami arahannya.
           - Anda dikehendaki menulis lima ayat lengkap berdasarkan situasi atau
             keadaan / aktiviti dalam bahan ilustrasi yang diberi.

    1.2  Memahami / meneliti situasi atau keadaan
           - Sama ada bahan ilustrasi itu gambar tunggal atau bersiri, anda perlu
             melihat dan memastikan perkara / situasi / keadaan yang terdapat
             dalam gambar / ilustrasi.
           - Catat perkara itu berdasarkan yang tersurat / nyata atau dilihat.
           - Masa yang dicadangkan untuk memahami situasi gambar ialah 3 minit.

    1.3  Menulis ayat yang lengkap
           - Ayat yang ditulis hendaklah lengkap.
           - Satu perkara / keadaan / aktiviti ditulis dalam satu ayat.
           - Masa yang dicadangkan untuk menulis ayat ialah 5 minit.

    1.4  Menyemak
           - Semak,  sama ada ayat yang ditulis benar-benar berdasarkan perkara /
             keadaan / aktiviti yang terdapat dalam gambar / ilustrasi.
           - Pastikan ayat yang ditulis mengikut struktur, selain ejaan, tanda baca
             dan pemilihan kata yang betul.
           - Masa yang dicadangkan bagi menyemak ialah 2 minit.


 2.0  Panduan Umum Menjawab Soalan

    2.1  Teliti Bahan
           - Teliti gambar yang terdapat dalam soalan
           - Kenal pasti tema / tajuk yang diberi
           - Kesan aktiviti / perlakuan yang terdapat dalam soalan
           - Tulis aktiviti- aktiviti yang ada pada gambar

    2.2  Membina Ayat
           - Bina lima ayat (nomborkan 1-5).
           - Bina ayat-ayat tentang maklumat  tersurat.
           - Membina ayat-ayat tersirat sebagai  pelengkap atau ayat utama.
           - Kelima-lima ayat anda berdasarkan kepada maklumat yang ada pada  
             bahan grafik. 
           - Boleh menamakan watak.
           - Susun ayat mengikut keutamaan isi.    

    2.3  Struktur Ayat
           - Ayat yang jelas menggambarkan maklumat yang hendak disampaikan.
           - Ayat yang dibina hendaklah ayat yang gramatis.
           - Membina ayat tunggal atau ayat   majmuk.
           - Ayat anda berdasarkan kepada maklumat tersurat sahaja. 
           - Ayat daripada isi tersirat mesti ada pertautan  dengan bahan grafik   

    2.4  Menyemak Semula
           - Semak dengan membaca semula ayat.
           - Tulisan anda hendaklah jelas dan kemas.

    2.5  Teknik Semasa Menjawab Bahan Grafik
           - Kenal pasti  kata kerja  & kata adjektif  dalam gambar.
           - Tulis kata kerja  & kata  adjektif  dalam gambar. (Kertas soalan)        
           - Menulis sebanyak mungkin kata kerja & kata adjektif 

    2.6  Isi Tersurat dan Isi Tersirat
           - Perkara-perkara atau aktiviti yang  terdapat atau yang dapat
             dilihat dengan jelas dalam gambar dikenali  sebagai maklumat tersurat.
           - Idea-idea yang berkaitan atau yang boleh dikaitkan dengan gambar        
             dikenali sebagai maklumat tersirat.