Showing posts with label Tatabahasa. Show all posts
Showing posts with label Tatabahasa. Show all posts

Saturday, 3 December 2011

Kata Nafi

Kata nafi ialah perkataan yang digunakan untuk menafikan sesuatu pernyataan.Terdapat dua kata nafi, iaitu bukan dan tidak.

Kata nafi bukan digunakan untuk menafikan frasa nama dan frasa sendi nama.
Contoh ayat:
Lelaki yang berbaju merah itu bukan ayah saya.
Baju ini bukan untuk Suzi, tetapi untuk adiknya.

Kata nafi tidak digunakan untuk menafikan frasa kerja dan frasa adjektif.
Contoh ayat:
Melepak di pusat membeli-belah tidak mendatangkan sebarang faedah.
Sungai di belakang rumah saya tidak dalam sangat.

*Kata nafi bukan boleh hadir sebelum frasa kerja dan frasa adjektif jika ayat itu tidak setara.
Budak itu bukan pandai sangat tetapi dia rajin belajar.
Anjing itu bukan garang tetapi suka bermanja.

Saturday, 5 November 2011

Kata Nama Khas

Kata Nama Khas ialah kata nama yang secara khususnya digunakan untuk menyebut nama sesuatu benda sama ada benda yang bernyawa dan yang tidak bernyawa.
Benda-benda yang bernyawa ialah nama manusia dan nama binatang.
Benda-benda yang tidak bernyawa ialah nama tempat, judul buku, nama bangunan, dan sebagainya.
 
Perkataan Nama Khas digunakan bagi menyebut sesuatu yang tertentu, khusus atau khas.
a)    benda; misalnya : Seri Aman, Volvo, Parker 45, Hikayat Hang Tuah, dll
b)    orang; misalnya : Cik Rafidah, Inspektor Azman, Dr. Long dll
c)     binatang ; misalnya : Blacky, Pak Belang, Sang Kancil,dll
d)    tempat ; misalnya : Kampung Bahru, Shah Alam, Kuala Lumpur dll
Biasanya huruf pertama perkataan nama khas ini hendaklah ditulis dengan huruf besar.
 
  manusia
Zaidi, Mei Fong,
Subramaniam
binatang
Tompok (kucing),
Jalak (ayam)
tempat
Muar (daerah),
Seremban (bandar),
Jepun (negara)
bangunan
Pudu Raya (perhentian bas dan teksi), 
Menara Tun Razak (pejabat)
judul buku
Keluarga (majalah),
Rentong (novel),
Kamus Dewan ( buku)
benda
Proton Perdana
(kereta), Pilot
(pen), Seiko (jam)

Thursday, 29 September 2011

Kata Nama Am

Kata Nama Am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa seperti orang, haiwan, dan sesuatu yang tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, tempat , benda, dan sebagainya.Dengan kata lain, perkataan Nama Am digunakan bagi menyebut sesuatu secara am atau umum.  
manusia , orang
ayah, perempuan, kerani, polis, guru, doktor, askar dll
binatang
ayam, gajah, kerbau anjing, kuda, burung, ikan dll
tumbuh-tumbuhan
pokok, betik, rumput, lalang dll
benda
pasir, kayak, radio, rumah, pen, buku, dll
tempat
pejabat, pulau, sekolah, kampung, bandar, negeri dll
Kata Nama Am hendaklah ditulis dengan menggunakan huruf kecil melainkan pada awal ayat.
Contoh:
Dia sedang menjinakkan seekor gajah.
Pada akhir ayat
Gajah itu berbadan besar.
Pada awal ayat